20110509

My weekend,

Weekend aku like usually menghabiskan masa dengan dia. Pergi mana? Pulau melaka, duduk atas jambatan sambil membincangkan satu perkara yang perlu dirungkaikan.. And aku dengan dia hanya berpandangan, dibibir dia ada rokok dan dia menghembuskan kepulan asap seraya aku berkata, merokok membahayakan kesihatan and imissedyou bongok. Lalu dia jawab dengan jawapan lain, iloveyou. Gilaaa,

Memang tak boleh bincang sebab aku taknak nangis sekali lagi macam aku nangis dekat klebang. Tak lama lepas tu, aku pun diam menyepi sambil terkenangkan sesuatu, hati tetiba berbisik, " betul ke apa yang kau buat? " Lantas aku menggapai tangan dia dan mempersetankan mainan minda, hati dan perasaan yang mungkin akan membunuh mood aku.

Dan malamnya, kau menunggang si Hitam Oren datang ke rumah aku, dari jauh aku pasti itu kau kerana bunyi dentingan tu dah cukup sebati dalam jiwa aku walaupun ramai yang mempunya si gagah berani Hitam Oren, and again kau kata Hai si pendek comel, ILOVEYOU. Tapi sayang, aku tak mampu membalas dengan kata-kata sebab kau bukan milikku.